Serulah ke jalan Tuhanmu dengan HIKMAH...
18 Syawal, 1428:
Laman jaringan Blogmuslim.Net mula dilancarkan secara rasmi...
| Rabitatul al-Qulub :: Pengikat Hati |
|---|
| "Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah akan ikatannya, kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini. Tunjukkanlah kepada hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepadaMu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan maarif tentangMu.. Dan jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini." |
| Penghulu Istighfar |
|---|
| "Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hambaMu dan aku di dalam genggamanMu dan di dalam perjanjian setia (untuk beriman dan taat) kepadaMu sekuat mampuku. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau. Amin.." |